Jul
21

Rakyat Belum Merdeka

Filed Under (Uncategorized) by huatseng on 21-07-2007

Ucapan
Sempena Konvensyen Rakyat anjuran Bersih

Salam Sejahtera saya mengucapkan kepada pengerusi
majlis, pemimpin-pemimpin parti politik, pemimpin-pemimpin badan bukan
kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang menghadiri konvensyen rakyat anjuran
Bersih.

Saya berasa amat bangga kerana diberi
peluang untuk berucap pada konvensyen rakyat hari ini. Konvensyen Rakyat,
namanya diberi dengan amat tepat sekali dimana rakyat merupakan tumpuan utama
dalam perhimpunan hari ini kerana rakyat merupakaan element yang terpenting
sekali dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara.

Penubuhan Malaysia ataupun kemerdekaan pada
suatu ketika dahulu merupakan aspirasi seluruh rakyat dimana rakyat menolak dan
cukup dengan eksploitasi negara penjajah yang mementingkan kepentingan mereka
sendiri. Hasil bumi dieksplotait, rakyat bekerja dengan gaji yang cukup sikit,
apatah lagi kebebasan politik dan hak civil yang sepatutnya dimiliki rakyat.

Walaubagaimanapun, kehendakan rakyat
untuk mengejar kebebasan, kesamarataan dan hak sivil dan politik tidak pernah
terputus sehingga hari ini. Sebagai rakyat dan sebagai intellektual dalam
masyarakat, mahasiswa merupakan saraf kepada ketidaksaksamaan masyarakat
(social inequality) dan suara kepada keadilan masyarakat (social justice).
Dengan kemampuan untuk memberi kritikan yang mendalam bagi keadaan semasa dan
berkedudukan sosial dan yang akan mengambil alih kepimpinan masyarakat dan
negara pada masa depan, sokongan golongan mahasiswa sering diberi tumpuan oleh
parti politik.

Pada tahun1969, mahasiswa telah mengadakan rapat umum di seluruh Malaysia. Bersih_11
13 rapat umum diadakan
dan telah dihadiri lebih daripada 100ribu rakyat. Dan pada masa yang sama,
mereka mengedarkan manifesto pilihanraya mahasiswa kepada rakyat. Hasilnya
terlihat apabila kerajaan perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969.
Dan inilah yang kita katakana kuasa mahasiswa yang mampu membawa perubahan.

Namun, baru baru ini menurut Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) masih terdapat 4.9 million orang muda belum mendaftarkan diri
sebagai pemilih walaupun pilihanraya umum sudah dekat. Pendaftaran sebagai
pemilih bukan sahaja berkaitan dengan perlaksanaan tanggungjawab sebagai rakyat  Malaysia, tetapi lebih serius lagi, ia mencerminkan tahap keperihatinan politik golongan muda ini.

Di universiti, Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) 1971 merupakan senjata utama yang direka khas untuk menyekat kesedaran
dan penglibatan politik mahasiswa. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa
Mohamed mengatakan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil tindakan
terhadap 38 pelajar yang telah dikenalpasti berkempen dalam pilihanraya kecil
Machap dan Ijok untuk pembangkang (The
Sun
22 Mei 2007).


Tuan-tuan
dan puan-puan, jangan kita lupa mahasiswa juga memikul tanggungjawab sebagai
rakyat. Universiti bukanlah tempat dan alasan untuk mendiskriminasi dan
menidakkan hak asasi seorang warganegara. Universiti adalah tempat untuk
menimba ilmu demi berkhidmat kepada rakyat, sifat sebenar mahasiswa bukanlah
belajar demi keuntungan, tetapi belajar demi kebahagian rakyat, berjuang demi hak
asasi manusia dan berkorban untuk kesaksamaan, keadilan dan kebenaran.


Sudah 50
tahun merdeka, adakah rakyat bebas daripada akta zalim yang boleh menahan
sesiapa sahaja dengan keinginan pemerintah seperti ISA dan OSA? Lihat kes
Kampung Berembang dan kes rumah setinggan lain, adakah rakyat menikmati
kehidupan yang lebih senang? Petroleum, Kelapa Sawit, dan sumber bumi lain,
adakah rakyat berkongsi pendapatan ini? Adakah rakyat sudah bebas? Adakah
rakyat sudah merdeka? Belum, sehingga kita bersedia untuk berdiri dan menuntut
kembali hak kita.


Saudara dan
saudari sekalian, cabaran utama kita sekarang adalah untuk memperjuangkan
demokrasi di Malaysia. Ini bermaksud penglibatan rakyat dalam proses membuat
keputusan, ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, jaminan hak asasi manusia,
media dibebaskan, akta zalim AUKU, ISA (Internal Sercurity Act), OSA (Official
Secret Act), PPPA (Printing Press and Publication Act) dan lain-lain lagi. Dimansuhkan,
pegawai yang membolot kekayaan negara diambil tindakan dan merealisasikan
sistem pengimbangan politik serta pengantian parti pemerintah.


Pada masa
kita menuntut reformasi sistem elektorial, kita juga menuntut agensi kerajaan
bebas daripada kongkongan parti politik. Suruhanjaya Pilihanraya, Polis,
Mahkamah, Universiti dan lain-lain lagi seharusnya menikmati autonominya
sendiri dan bebas daripada campur tangan ahli politik. Negara milik rakyat dan
kerajaan milik rakyat juga, namun penjajahan tidak akan keluar jika kita tidak
menyingkir, kebebasan tidak akan diperolehi jika tidak berusaha, kebahagian
tidak akan dinikmati jika rakyat masih belum bangkit.


Hidup
Rakyat.


Mahasiswa
menyokong tuntutan Bersih untuk mencapai pilihanraya yang bebas dan adil,
tetapi ia adalah sub agenda kita kepada agenda yang lebih besar, iaitu mendemokrasikan
sistem politik dan kuasa dikembalikan kepada rakyat.


Sekian, terima kasih.



Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: